NADI HIDUPKU......

NADI HIDUPKU......

GAMBAR KANDID IWAN-KLATE......

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

STID 1013 ( GROUP I )






Name : AZWAN BIN IBRAHIM
Matrix no : 205802
Phone number : 014-5067584
Email address : iwan_klate@yahoo.com
Title of your blog : Jejaka Tampan
Blog address : www.iwan-klate.blogspot.com
Content of my blog :

- Biodata
- Latest new
- Sharing ideas
- Tips for interview / other
- Social problem among higher institution in Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BIODATA JEJAKA TAMPAN (IWAN)

NAMA : AZWAN BIN IBRAHIM
NAMA SAMARAN : ( WAN, WE, IWAN )
UMUR : 20 TAHUN
TARIKH LAHIR : 20 DISEMBER 1990
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL DAERAH TANAH MERAH, KELANTAN
ALAMAT : C-176 JALAN MACHANG, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN
ZODIAK : SAGITARIUS
PROGRAM PENGAJIAN : SARJANA MUDA PEMASARAN DENGAN KEPUJIAN
INSTITUSI PENGAJIAN : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK (UUM)
MAKANAN KEGEMARAN : NASI GORENG, KFC, NASI KERABU
MINUMAN KEGEMARAN : MILO AIS, CARROT SUSU, AIR MINERAL
WARNA KEGEMARAN : MERAH, BIRU, OREN
FILEM KEGEMARAN : TITANIC, 3IDIOTS, AKELE HUM AKELE TUM, MANN,
HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH, ZOMBI KAMPUNG PISANG
PELAKON KEGEMARAN : LISA SURIHANI, ZIZAN, NORKHIRIAH, AMIR KHAN, USOP (BEKAS PENARI KEBUDAYAAN DAN WARISAN)
PENYANYI KEGEMARAN : DATO SITI NURHALIZA, MAWI, FAIZAL TAHIR, ST12
TAHAP PENDIDIKAN :

: TAHUN 1997 - 2002
( SEK.KEB TANAH MERAH 1 )
: TAHUN 2003 - 2007
( SEK.MEN.KEB TANAH MERAH 1 )
: TAHUN 2008 - 2009
( SEK.MEN.KEB TANAH MERAH 2 )
: TAHUN 2010
( MENUNTUT DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA )

LAMAN WEB : iwan-klate.blogspot.com
FACEBOOK : www.facebook.com/az we
EMAIL : iwan_klate@yahoo.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banjir di Perlis bertambah buruk

2011/03/30





KANGAR: Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan 1,294 mangsa daripada 349 keluarga dipindahkan ke 19 pusat pemindahan sehingga 2 petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata, kawasan paling teruk terjejas ialah Kangar dengan 870 mangsa daripada 239 keluarga yang telah dipindahkan.
Seramai 380 mangsa daripada 99 keluarga adalah dari kawasan Padang Besar dan 44 mangsa daripada sebelas keluarga dari kawasan Arau.
Jumlah itu meningkat jauh lebih tinggi berbanding sebanyak 416 mangsa daripada 120 keluarga yang dipindahkan pada pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid, bersama Ketua Polis Perlis, Datuk Tajuddin Md Isa, turut meninjau pusat pemindahan banjir hari ini.

Banjir melanda Perlis sejak semalam berikutan hujan lebat berterusan bermula kelmarin hingga hari ini.

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut mengadakan bilik gerakan dengan menyediakan perkhidmatan membantu mangsa banjir menggunakan bot dan lori.
Dalam perkembangan lain, sebanyak 16 sekolah yang terbabit dengan banjir ditutup hari ini dan pelajar diarah pulang pada 10 pagi bagi memastikan keselamatan mereka. - BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GEMPA BUMI DI JEPUN

1. Kejadian gempabumi dan tsunami di Jepun telah mengakibatkan insiden nuklear pada tahap 4 ( Three Mile Island-tahap 5, Chernobyl- tahap 7) yang memberi kesan hanya kepada kawasan di sekitar loji kuasa nuklear. Tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa Jepun dan keadaan loji yang terlibat adalah terkawal.

2. Kawasan yang terlibat mempunyai 13 unit loji kuasa nuklear di mana sewaktu kejadian berlaku, hanya 10 unit yang sedang beroperasi. Daripada jumlah ini, 2 unit mengalami insiden yang mana sistem penyejukan reaktor gagal berfungsi.

3. Sehingga jam 5.00 petang pada 14 Mac 2011, laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa(IAEA) menyatakan kedua-dua loji tersebut kini dalam keadaan terkawal dan selamat dengan bacaan dedahan luar di empat lokasi sekitar loji berada dalam keadaan normal.

Tindakan oleh MOSTI
4. MOSTI melalui jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia telah memantau situasi di Jepun mulai daripada tarikh kejadian iaitu 11 Mac 2011. Dalam masa yang sama, maklumat terkini sentiasa diperolehi dari IAEA dan pihak Berkuasa Jepun (NISA).

5. Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai) tidak menunjukkan sebarang peningkatan paras sinaran di mana paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal.

6. Maklumat teknikal mengenai kejadian di Jepun boleh diperolehi dari:
a) Laman Web IAEA (www.iaea.org )
b) Laman Web Nuclear and Industrial Agency, Jepun (www.nisa.meti.go.jp )
c) Pusat Maklumat Radiologi, AELB di talian HOTLINE : 1800-88-7999

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Letupan Besar Di Kilang Nuklear Jepun Selepas Gempa

TOKYO: Sebuah kilang nuclear Jepun musnah akibat letupan besar pada Sabtu, mencetuskan kebimbangan tentang peleburan radioaktif, sehari selepas gempa bumi besar memusnahkan sistem penyejukan kilang itu.
Jurucakap tertinggi kerajaan berkata, berpuluh ribu penduduk dalam lingkungan 10 kilometer di kawasan kilang itu sedang dipindahkan, sambil menggesa supaya semua pihak bertenang, manakala radiasi dianggarkan pada “tahap yang terkawal”.
Laporan Kyodo News berkata, anggaran radiasi setiap jam sama tahapnya dengan paras tahunan yang dibenarkan.
Amaran yang disiarkan melalui saluran-saluran TV menasihatkan para penduduk supaya berlindung di dalam rumah, padamkan semua alat pendingin hawa dan jangan minum air paip.
Bagi mereka yang perlu keluar dari rumah, mereka dinasihatkan supaya mengelak daripada mendedahkan kulit dan menutup muka dengan topeng dan tuala basah.
Terdahulu, pihak berkuasa nuclear memberi amaran bahawa kilang No.1 Fukushima, terletak kira-kira 250 kilometer di timur laut Tokyo, sebuah kawasan urban dengan 30 juta penduduk, “mungkin mengalami peleburan nuclear”.
Sistem penyejuk kilang itu musnah akibat gempa yang melanda Jumaat, mengakibatkan kerajaan bertungkus-lumus berusaha memperbaiki kerosakan itu dan memindahkan lebih daripada 45,000 penduduk dalam lingkungan 10 kilometer di situ.
Siaran NHK melaporkan letupan kedengaran kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan dan menayangkan gambar kepulan asap menjulang dari tapak kilang, seterusnya melaporkan bahawa reaktor bangunan itu telah musnah.
Operator Tenaga Elektrik Tokyo mengesahkan tentang letupan itu dan bahawa bumbung bangunan reaktor tersebut telah runtuh akibat gegaran susulan selepas gempa yang berlaku Jumaat, menurut laporan Kyodo News.
Tepco juga mengesahkan bahawa empat kakitangannya mengalami kecederaan namun tidak mengancam nyawa.
Pegawai kanan Perdana Menteri Naoto Kan, Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano, memberitahu sidang akhbar behawa Jabatan Bomba Tokyo akan menghantar satu “pasukan penyelamat hiper” ke tapak kilang tersebut. - AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

300 terkorban tsunami Jepun



TAK DAPAT DISELAMATKAN...runtuhan rumah dan kereta dihanyutkan ke laut selepas ombak besar melanda bandar Kesennuma.

TOKYO: Gempa paling kuat melanda Jepun semalam membentuk tsunami setinggi 10 meter dan menghanyutkan rumah serta menolak kapal ke darat.
Bencana terburuk dalam tempoh 300 tahun di Jepun itu turut mencetuskan kebakaran, termasuk di sebuah loji nuklear.

Sehingga malam tadi, sekurang-kurangnya 300 orang disenaraikan sebagai maut atau hilang akibat gempa bumi sekuat 8.9 magnitud itu.
Pakar seismologi Amerika Syarikat (AS) dan Jepun berkata, kejadian semalam adalah gegaran kelima paling dahsyat di seluruh dunia sejak 1900 atau yang ketujuh dalam sejarah.

Laporan menyatakan, ombak besar tercipta di Lautan Pasifik menghanyutkan sebuah kapal Jepun membawa 100 orang.
Lebih 300 rumah di bandar Ofunato turut musnah sama sekali.
Ombak besar juga memusnahkan apa saja yang ada di laluannya, termasuk kapal kontena, kenderaan dan ladang.
Kerajaan berkata, gempa yang dapat dirasakan sehingga ke Beijing itu menyebabkan kerosakan besar-besaran.

Di Sendai, imej televisyen menunjukkan ombak berlumpur bergerak ke darat pada kelajuan tinggi dan memusnahkan kawasan kediaman berhampiran Sungai Natori.

Pegawai kerajaan tempatan di Miyagi, Ken Hoshi berkata, dia tidak pernah melihat bencana seburuk itu.

Di Tokyo, sejumlah kecederaan dilaporkan apabila bumbung bangunan dewan runtuh ketika majlis penganugerahan ijazah berlangsung.



Di ibu negara Jepun itu juga, asap dilihat berkepul-kepul di sekurang-kurangnya 10 lokasi ketika penduduknya mengalami gangguan elektrik.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami menyeluruh sehingga ke Amerika Selatan, New Zealand dan Hawaii, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan orang ramai menjauhi pantai

Pertubuhan Palang Merah pula mengingatkan, tsunami di antara empat dan 10 meter boleh menenggelamkan sebahagian daripada pulau yang ada di laluan ombak itu.

Sementara itu, kerajaan berkata, tiada sebarang kebocoran radiasi dikesan di loji nuklear di Onagawa walaupun ia terbakar.
Gempa pertama berlaku hanya kurang dari 400 meter ke timur laut Tokyo, diikuti lebih 40 gegaran susulan.
Satu daripadanya sekuat 7.1 magnitud.

Seorang pegawai kerajaan tempatan di Kurihara, Miyagi, berkata gegaran itu sangat kuat sehingga pekerja di situ terpaksa berpaut untuk mengelak daripada jatuh.
“Kami tak boleh keluar dari bangunan dengan segera kerana gegaran itu berterusan,” katanya.

Perdana Menteri, Naoto Kan, mengadakan mesyuarat tergempar sejurus selepas bencana itu berlaku dan kerajaan menghantar kapal tentera ke Miyagi untuk memberikan bantuan.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang (1.46 petang waktu Malaysia) selama dua minit.
Bencana itu turut menyebabkan indeks pasaran saham Nikkei merudum, manakala nilai mata wang yen berbanding dolar AS terjejas teruk. - AFP - Harian Metro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 Tips Kurangkan Stress


Tidak dinafikan, semua orang mengalami tekanan setiap hari bergantung kepada beban dan tanggungjawab yang kamu pikul…Berikut adalah tips ringkas untuk kurangkan stress:

1. Tidur Sejenak. Tidur seketika selama 30 – 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan. Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda. Jaga-jaga, jangan pikir berlebihan untuk mencari unsur lain bagi pengurutan ini.

3. Berusaha jadi seorang yang kreatif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

4. Kerap ketawa. Ketawa boleh menyebabkan stress yang anda hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda. Perlu diingat, jangan berlebihan supaya orang lain tidak salah faham terhadap anda.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri. Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tip-Tip Kesihatan

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

• Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
• Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
• Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
• Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
• Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
• Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
• Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
• Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
• Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
• Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
• Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
• Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..
Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan…



Assalamulaikum wbt kepada semua pelawat Kalam Abu Musaddad, di sini terdapat beberapa tip untuk cemerlang dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.
Bagi pelajar peringkat menengah yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM juga boleh menggunakan tip ini sebagai panduan pembelajaran dan persediaan anda.
Sepertimana kita maklumi, kira-kira 3 minggu lagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan di adakan. ana percaya disaat ini pelajar-pelajar bertukus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.
Mungkin musim cuti ini ada sekolah membuat kelas tambahan, gerak gempur, bengkel dan sebagainya. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar menghadiri tusyen sebagai persediaan dan persiapan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Apapun gunakan masa cuti ini sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran supaya masa tidak dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Dengan demikian, di sini kalam ini ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…Mai kongsi bersama cikgu..he he he…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips menghadapi peperiksaan..

PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATANSebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup ialah diantara 6 – 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

Jaga pemakanan.

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya “Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan” (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

Riadah.

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.

KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berad dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips-Tips Penjagaan komputer

Di bawah ini ada beberapa tips untuk dikongsi dengan anda dalam penjagaan komputer supaya jangka hayat lebih panjang dan lama.

1. Anda jangan terlalu kerap ON dan OFF komputer.
2. Elakkan drpd getaran meja kerana kebanyakan komponen elektronik amat mudah rosak.
3. Tempatkan komputer dibilik berhawa dingin, ditempat yang teguh dan tetap(jangan suka berpindah randah .. ).
4. Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer ini kerana minuman yang tertumpah keatas keyboard / terkena disket / masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.
5. Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .
6. Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.
7. Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk yang halus yang masuk ke motherboard akan memendekkan hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan udara termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur nyamuk.
8. Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.
9. Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer anda.
10. Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani sebab permaidani (carpet) adalah penghasil cas elektrik statik yang terbaik.
11. Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.
12. Gunakan AVR – Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik bukannya tetap 230V AC. ini kerana ada ketikanya terkurang/terlebih voltage terutama berlakunya petir.
13. Back up segala data penting anda. Sebabnya kalau hdd rosak, habis semua hasil kerja yang sudah disiapkan.
14. Scan hdd sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada sebarang file bermasalah. Boleh gunakan scandisk.exe / mana mana program komersial.
15. Scan dengan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.
16. Digalakkan gunakan 2 hard drive / hdd dformat kepada lebih dari satu partition, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk stor/backup.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Penjagaan Komputer Riba|Laptop



Tips Penjagaan Komputer Riba|Laptop

Komputer riba ataupun laptop/notebook/netbook merupakan satu keperluan bagi kita sekarang sebab teknologi makin canggih harga pun makin murah. Amat mudah untuk dapatkan komputer riba dengan spec yang tinggi tapi harga yang rendah sekarang.

Bila kita gunakan komputer riba, kita akan lebih mudah melayari internet, dengar lagu, berchatting dan sebagainya. Tapi kita perlu tau cara untuk jaga komputer riba kita. Jom baca tips penjagaan komputer riba kat bawah.

1. Bateri

Elakkan daripada penggunaan bateri. Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.

Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD

Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver. Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan. Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead pixel.

4. Haba Panas

Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas. Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector

Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak. Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS. Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri. Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port

Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan berus atau berus gigi lama. Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tip-Tip Penggunaan Komputer…

Beberapa tips penggunaan PC yang berkesan:

1. Jangan install lebih dari 1 OS dalam satu system
2. Jangan letakkan bilangan user yang terlalu ramai dalam sesuatu system
3. Jangan install perisian yang anda tidak pasti sumbernya
4. Berhati-hati apabila update driver motherboard dan processor
5. Sentiasa update perisian antivirus anda
6. Jangan install atau cuba run perisian yang melebihi kebolehan system anda (biasanya game lar,memerlukan spesifikasi yang tinggi)
7. Elakkan install perisian terlalu banyak dalam drive anda install OS anda, elakkan juga menyimpan fail dalam drive tersebut, simpan dalam drive atau partition lain
8. Berhati-hati ketika mereka partition, data dalam partition yang anda delete dan reka semula akan hilang sama sekali
9. Ketika menggunakan perisian untuk tweaking setting komputer, berhati-hati agar tidak menjadikan anda menyesal kemudian hari
10.Jangan overclock sistem anda walaupun anda cukup hebat dalam bidang tersebut, banyak komplikasinya, dan jangka hayat sistem anda akan berkurang
11.Jangan memaksa sistem anda bekerja untuk beberapa perisian serentak,contohnya membuka 7 ke 8 perisian serentak
12.Elakkan install terlalu banyak perisian yang anda tidak perlukan
13.Scan virus sekurangnya sekali seminggu, defragment,check registry,buang fail tak penting sekurangnya sekali setiap 2 minggu
14.Elakkan menggunakan “regedit” dan “services.msc” jika anda kurang mahir mengenainya.
15.BIOS?Jangan usik jika anda tidak mahir mengenainya
16.Membuka casing untuk penyejukan memang bagus, tapi pastikan anda prihatin dengan kebersihan sistem anda
17.Elakkan makan dan minum berdekatan sistem anda
18.Penggunaan sistem penghad kuasa digalakkan, seperti PowerBuster
19.Jangan install perisian perlindungan komputer hebat yang menggunakan password kalau anda seorang yang pelupa!!!
20.Andai anda ingin membawa pc anda untuk perjalanan jauh, seperti naik bas, tanggalkan beberapa komponen dan bawa dalam beg berasingan seperti hard disk, graphic card, untuk mengelakkan berlaku kerosakkan kepada komponen ini apabila pc anda mengalami hantukan atau terjatuh
21.Elakkan install perisian mencurigakan, jika anda tidak mahu menjadi gelabah kemudian,seperti muncul senarai “gambar blue” dalam senarai screensaver anda secara tiba-tiba,yang sudah pasti anda tidak tahu cara deletenya.lebih teruk kalau komputer anda diserang virus atau ditakluk trojan.
22.Sistem anda perlahan,walaupun anda sudah tweak setting?upgrade la hardwarenya
23.Restart/Reset komputer ketika masalah muncul kadang-kadang membantu
24.Jangan membiarkan komputer anda terbuka 24jam sehari…akan membawa kesan jangka panjang yang teruk,seperti motherboard atau processor melebur…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips menghadapi temuduga

PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah :
1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
2. Jawab dengan jelas dan lantang
3. Kikiskan sifat ego anda
4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
5. Banyakkan senyuman
6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan
Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.
TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA
1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
21. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
24. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gejala Sosial : Vandalisme


Gejala sosial iaitu vandalisme bukanlah sesuatu fenomena yang baru dalam kalangan manusia sejagat. Gejala ini boleh dikatakan berlaku di setiap pelusuk dunia. Kes vandalisme ini merujuk kepada para remaja yang mempunyai nilai moral yang rendah. Menurut Kamus Dewan, vandalisme dapat didefinisikan sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Vandalisme adalah perbuatan yang tidak bermoral dan kurang sihat. Golongan yang terjebak dalam aktiviti ini merupakan para remaja. Antara contoh-contoh vandalisme adalah seperti merosakkan pondok telefon, paip bomba, menconteng dinding-dinding bangunan sekolah, lif, tandas, perhentian bas dan sebagainya. Golongan remaja yang selalunya terlibat dengan masalah ini adalah daripada golongan remaja yang mempunyai tabiat merokok, suka ponteng kelas, menagih dadah, mencuri, melepak dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan perkara-perkara negatif.

Faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya gejala vandalisme ialah pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana sudah menjadi lumrah para remaja yang hidup secara berkelompok dalam satu organisasi sosial. Pergaulan individu bersama sekumpulan remaja yang mempunyai nilai moral yang rendah akan menyebabkan wujudnya gejala sosial negatif seperti vandalisme. Hal ini demikian kerana golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya. Pengaruh yang ditonjolkan oleh rakan sebaya khususnya nilai-nilai negatif akan dapat mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja itu sendiri. Kebanyakan para remaja yang terjerumus ke kancah gejala negatif ini adalah daripada kelompok remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kelompok remaja yang terlibat dalam masalah vandalisme ini terdiri daripada individu yang tidak mempunyai tujuan dan apabila mereka berkumpul di sesuatu kawasan, maka akan timbullah pelbagai idea negatif seperti menconteng dan merosakkan harta benda awam. Contohnya terpapar pelbagai tulisan di dinding-dinding bangunan awam seperti tandas awam yang menggambarkan maksud lucah dan kesat.

Ibu bapa dan keluarga merupakan pendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana amalan gaya hidup negatif yang ditonjolkan oleh ibu bapa tanpa disedari akan memberi kesan sampingan terhadap gaya hidup anak-anak remaja mereka. Nilai moral ibu bapa yang rendah seperti amalan membuang sampah ketika memandu kenderaan, membuang sisa-sisa makanan iaitu kulit buah-buahan seperti kulit rambutan dan limau serta tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan di bahu-bahu jalan akan mendorong dan mendidik para remaja untuk melakukannya juga. Namun begitu, masalah keluarga juga merupakan faktor wujudnya gejala vandalisme di dalam diri setiap remaja. Hal ini dapat dibuktikan dengan bebanan masalah kewangan yang dihadapi oleh kelompok keluarga yang berpendapatan rendah yang harus menyara tanggungan isi rumah yang ramai. Kesannya para remaja yang dihimpit oleh masalah kewangan tersebut akan mengalami masalah tekanan yang kuat di dalam diri mereka sehingga memberontak dengan melakukan aktiviti vandalisme untuk melepaskan perasaan serta tekanan yang dihadapi. Hal ini juga berpunca daripada ibu bapa yang kurang memberikan perhatian terhadap anak-anak remaja mereka kerana kesibukan di tempat kerja dan mementingkan kerjaya. Kesannya tiada kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa terhadap anak-anak remaja menyebabkan para remaja tidak mendapat kasih sayang yang cukup oleh ibu bapa sehinggakan para remaja terjebak di dalam gejala negatif ini.

Gejala vandalisme juga adalah berpunca daripadapengaruh media massa itu sendiri. Seperti yang diketahui, peranan media massa adalah untuk menyampaikan pelbagai maklumat berkaitan isu-isu global kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini menyebabkan media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat terhadap para remaja dan ianya sukar sekali dielakkan dewasa ini. Media massa iaitu media elektronik merupakan penyumbang terbesar kepada para remaja untuk terjebak di dalam gejala vandalisme. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari Barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Hal ini demikian kerana golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut perkara-perkara yang dilihat di sekeliling mereka termasuklah media massa. Adegan-adegan negatif yang dipaparkan oleh media massa adalah berbentuk ganas seperti adegan merosakkan harta benda awam dan menconteng di setiap bangunan-bangunan. Rancangan gusti merupakan salah satu pengaruh negatif kepada para remaja kerana ianya dapat membentuk dan menyemai sikap ganas di dalam diri mereka. Kesannya, mereka akan meniru aksi tersebut pada harta benda awam.

Langkah-langkah bagi membendung gejala vandalisme daripada terus menular dalam kalangan pelajar ialah melaluipenguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak-pihak berkenaan seperti polis. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9, Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991, sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh dikenakan denda sebanyak RM2000 atau tempoh penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme harus menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat seperti didenda melakukan kerja pembersihan di kawasan awam, membersihkan tandas dan sebagainya. Kerja-kerja ini haruslah dilakukan di tempat-tempat awam seperti pusat membeli belah dan para pesalah dikhaskan untuk menggunakan pakaian seragam yang menggambarkan akan pesalah vandalisme. Tindakan yang tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi pengajaran dan teladan kepada setiap individu-individu lain agar menjauhkan diri daripada perbuatan vandalisme. Contohnya, kerajaan Negara Singapura yang menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah-pesalah vandalisme di negara tersebut.

Langkah seterusnya bagi membendung gejala vandalisme daripada terus berleluasa dalam kalangan remaja ialah melaluiperanan masyarakat. Hal ini demikian kerana setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dengan memberi perhatian secukupnya kepada anak-anak remaja mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah iaitu vandalisme. Masyarakat juga harus lebih peka terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu lebih proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu, anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting dengan memberikan kefahaman akan betapa buruknya akhlak vandalisme kepada para remaja.

Peranan pihak sekolah merupakan langkah bagi mengatasi penularan gejala vandalisme dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini demikian kerana, waktu persekolahan merupakan tempat kepada para pelajar banyak menghabiskan masa dengan proses pembelajaran. Oleh itu, pihak sekolah harus memainkan peranan penting dengan banyak memberikan nasihat dan bimbingan kepada para remaja mengenai kepentingan menjaga harta benda awam. Hal ini demikian kerana generasi muda perlu diterangkan secara mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Contohnya, memberikan tanggapan akan bagaimana perasaan para pelajar sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kesannya, kesedaran seumpama itu akan memberi sedikit sebanyak gambaran kepada mereka akan pentingnya nilai sikap dan bertanggungjawab terhadap harta benda awam. Pihak sekolah perlu mengadakan kempen anti-vandalisme dan menyediakan pelbagai program untuk disertai oleh para pelajar di sekolah. Dengan kerjasama semua pihak, sudah pasti gejala vandalisme akan dapat dibendung.

Gejala vandalisme merupakan gejala negatif yang berasal dari negara barat. Budaya negatif ini banyak memberikan impak buruk terhadap semua pihak. Gejala ini juga dapat mencemarkan suasana persekitaran kawasan di sekeliling dengan adanya tulisan yang kesat dan harta benda awam yang rosak. Para remaja harus mendidik diri mereka agar membenci perkara sedemikian. Mereka perlu sedar tentang menjaga harta benda awam. Seperti yang sedia maklum, gejala vandalisme ini melibatkan para remaja yang masih bersekolah. Usia para remaja yang masih muda tidak harus diterapkan dengan budaya-budaya negatif seperti ini. Para remaja merupakan tonggak dan asas kepada tampuk kepimpinan pada masa hadapan. Oleh itu, para remaja haruslah dididik dengan baik seperti ‘menatang minyak yang penuh’ oleh semua pihak termasuklah ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan sebaya, para masyarakat dan sebagainya bagi menjamin dan melahirkan para pemimpin yang berkaliber dan mempunyai nilai moral yang tinggi pada masa hadapan. Para remaja merupakan pemuda pemudi harapan bangsa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gejala Sosial : Sumbang Mahram

Mengikut pengertian kamus dewan,perkataan ‘sumbang’ membawa erti tidak mematuhi adat,melanggar adat dan tidak sopan iaitu meliputi kebiasaan,kesopanan dan lain-lain.Manakala perkataan ‘mahram’ pula merupakan variasi kepada perkataan ‘muhrim’ yang membawa erti lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut agama islam.Dan sumbang mahram juga boleh di ertikan sebagai perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah/ nasab (keturunan) dengan mangsa contohnya ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan sebagainya.

Kini,fenomena sumbang mahram boleh dikatakan sebagai satu fenomena yang semakin serius di Malaysia.Berita mengenai sumbang mahram acapkali menghiasi dada akhbar dan ini menggambarkan betapa seriusnya gejala sosial sumbang mahram di Negara ini.Persoalannya,apakah faktor-faktor yang mendorong berlakunya sumbang mahram? Dan apakah langkah – langkah untuk mengatasi gejala sosial sumbang mahram ini daripada terus meningkat? Terdapat dua faktor utama yang mendorong kepada berlakunya kejadian sumbang mahram iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.Kedua-dua faktor ini saling berkait antara satu sama lain.Faktor dalaman ialah keinginan seks yang tak tercapai dengan pasangannya,pengetahuan agama yang cetek,kelemahan iman dalam diri individu,tidak mengamalkan kehidupan yang di anjurkan oleh islam dan sebagainya.Manakala faktor luaran pula ialah tahap ekonomi yang rendah,keadaan rumah yang sempit,keruntuhan institusi keluarga dan sebagainya.

Faktor dalaman yang menjadi pendorong kepada terjadinya sumbang mahram ialah keinginan seks yang tak tercapai dengan pasangannya.Kegagalan isteri memuaskan keperluan suami samaada daripada segi zahir dan batin menjadi punca berlakunya sumbang mahram.Ini mendorong suami menggunakan anak untuk memuaskan keperluan tersebut.Kebanyakan isteri mengetahui perlakuan sumbang mahram itu adalah salah, akan tetapi mereka merelakan perlakuan suami atas sebab takut kehilangan suami.Mereka juga merelakan suami melakukan perkara tersebut daripada membenarkan suami mencari kepuasan di luar agar rahsia kelemahan dan kegagalan mereka dalam hubungan suami isteri diketahui oleh masyarakat umum.

Selain itu, faktor dalaman yang seterusnya ialah kelemahan iman dalam diri individu.Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram mengetahui dosa tersebut.Akan tetapi, mereka tetap melakukan perbuatan sumbang mahram kerana kelemahan iman dalam diri serta keinginan seks yang tinggi sebagai contoh kejadian sumbang mahram bapa merogol anak.Dalam konteks agama islam, anak-anak merupakan satu anugerah yang patut dijaga bagai menatang minyak yang penuh dan mendidik mereka supaya menjadi individu yang berguna dan berbakti kepada ibu bapa. Bapa seperti ini di anggap haruan makan anak apabila mereka sanggup menodai anak sendiri untuk memuaskan nafsu mereka.Faktor inilah yang mendorong berlakunya sumbang mahram.

Seterusnya,faktor luaran seperti tahap ekonomi yang rendah dan keadaan rumah yang sempit mendorong berlakunya sumbang mahram.Tahap ekonomi yang rendah menyebabkan ketua keluarga tidak mampu menyediakan keperluan asas yang cukup untuk keluarga.Ruang dan keadaan rumah yang sempit menyebabkan mereka tidur dalam keadaan terhimpit antara satu sama lain dan tidak ada tirai atau penghadang di antara ibu bapa dan anak-anak.Ini menyebabkan tiada sempadan di antara mereka.Keadaan sedemikian mendorong berlakunya sumbang mahram antara ayah dan anak,abang dan adik serta sebagainya.

Faktor luaran yang seterusnya ialah kurang kawalan dan pemantauan ibu bapa di dalam dan di luar rumah.Situasi ini menyebabkan anak-anak khasnya remaja akan melibatkan diri secara langsung atau tak langsung dalam kegiatan sumbang mahram.Ini ekoran daripada kurangnya pengetahuan agama dalam diri.Selain itu,ada juga keadaan di mana si ibu sedar tentang apa yang terjadi tetapi tidak berjaya untuk mencegahnya kerana sebab-sebabnya yang tersendiri seperti takutkan suami atau sedar tentang kesilapan dirinya yang telah mengabaikan keperluan suami dan anak-anak.Maka,sumbang mahram semakin meningkat dari masa ke masa.

Terdapat berbagai-bagai kesan yang timbul akibat dari perbuatan sumbang mahram.Salah satunya ialah kesan terhadap mangsa.Terdapat kesan-kesan fizikal yang terdapat pada mangsa sumbang mahram iaitu kecederaan badan akibat di kasari,jangkitan penyakit kelamin dan sebagainya.Mangsa akan berasa tertekan dan berkelakuan yang terlalu kebudak-budakan serta mutu pelajaran merosot.Seandainya tidak ditangani dengan sempurna,kesan dari kejadian tadi akan terbawa-bawa hingga ke peringkat yang tak dapat dikawal lagi.Namun,kadangkala mangsa mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri dan mengalami gangguan makan dan tidur kerana cenderung menyeksa dirinya sendiri.

Kejadian sumbang mahram juga boleh memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat,antaranya ialah menjejaskan imej masyarakat Islam,melambatkan proses pembentukan keluarga dan masyarakat,merenggangkan hubungan masyarakat dan sebagainya.Akibatnya hubungan antara masyarakat akan menjadi renggang.

Untuk menangani masalah sumbang mahram ini daripada terus meningkat,pelbagai langkah perlulah diambil antaranya ialah meluangkan masa bersama anak-anak dan mengawasi mereka,memberikan kemahiran keibubapaan yang secukupnya untuk pasangan suami isteri,mengenali batas perhubungan di antara lelaki dan perempuan dan lain-lain.Mengetahui batas-batas perhubungan diantara ahli keluarga atau sesiapa sahaja akan dapat mencegah diri daripada melakukan sumbang mahram.

Masalah sumbang mahram juga dapat diatasi melalui akta dan peruntukan undang-undang mengikut bentuk-bentuk objektif Teori-teori Hukuman seperti Seksyen 375 dan 376 iaitu dari hal rogol dan kesalahan-kesalahan luar tabii iaitu keseksaan kerana merogol hukumannya adalah penjara selama tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun dan sebatan.Manakala Seksyen 376A dari hal melakukan sumbang mahram iaitu keseksaan kerana melakukan sumbang mahram hukumannya penjara minimum 6 tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan minimum 6 sehingga 24 sebatan.

Tuntasnya,sumbang mahram adalah petanda penyakit masyarakat yang pudar dan rapuh akhlaknya.Ia adalah kesan kehidupan yang jauh menyimpang daripada nilai-nilai ketuhanan dan cara hidup yang sebenar.Oleh itu,sama-samalah kita memantapkan lagi ilmu dan keimanan dalam diri agar tidak tergelincir dari landasan hidup yang sebenar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gejala Sosial : Pembuangan Bayi

Kebelakangan ini isu pembuangan bayi ternyata hangat kembali dan sering terpapar di muka hadapan surat khabar ataupun media- media elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan ini bukanlah sesuatu yang membanggakan. Dahulu ia pernah hangat seketika, kembali senyap tetapi kini semakin menjadi-jadi. Apakah yang anda fahami tentangan isu ini? Pembuangan bayi sebenarnya adalah satu jenayah terjadi akibat kehamilan yang tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka akibat malu dan takut dengan akibat yang bakal ditanggung.Hampir setiap hari kedengaran kes-kes pembuangan bayi yang berlaku di mana-mana di seluruh negara. Paling menyayatkan hati ialah apabila ada bayi yang dibakar di tempat pembuangan sampah atau yang digigit oleh semut merah dalam litupan sampah sarap.Tidak cukup dengan itu, ada juga bayi yang dibuang menjadi makanan kepada burung-burung gagak. Apalah dosa bayi-bayi itu apabila diperlakukan sebegitu. Ini menunjukkan nilai kemanusiaan sememangnya sudah berkurangan dalam diri masyarakat kita hari ini.

Punca –punca utama berlakunya kes pembuangan bayi adalah kerana sikap remaja kini yang banyak tertagih dengan keseronokan duniawi yang seterusnya mengheret mereka ke arah penjalinan hubungan seks rambang dan luar nikah tanpa mengira batas-batas agama. Mereka terlalu mengikut hati ketika membuat sesuatu keputusan. Kebanyakkan kes sedemikian berlaku di kalangan remaja kerana mereka berasa melakukan seks adalah sesuatu permainan yang seronok dan baru kepada mereka. Dalam pemikiran mereka yang telah dikotori memikirkan bahawa jika tidak pernah mencubanya bermakna mereka adalah penakut dan dikatakan sebagai katak di bawah tempurung.

Selain itu, penubuhan pusat-pusat untuk menjaga bayi yang dibuang juga secara tidak langsung menyebabkan kes pembuangan bayi terus berlaku. Ini kerana meraka tidak perlu risau lagi untuk melahirkan anak luar nikah itu kerana kerajaan sudah menyediakan tempat khas untuk menjaga bayi. Seterusnya, ibu bapa yang hanya giat bekerja untuk mencari wang dan kurang mendidik anak dari segi agama juga merupakan salah satu punca utama. Anak-anak yang dibiarkan begitu sahaja tanpa didikan senang melakukan perbuatan seperti ini.

Di samping itu, perbuatan pembuangan bayi menyebabkan banyak kesan-kesan negatif. Antaranya ialah kematian bayi meningkat dari tahun ke tahun. Selain itu, kesihatan ibu juga akan terjejas. Oleh kerana bayi yang dilahir adalah haram, kelahiran tersebut disambut pada tempat yang terpencil dan tidak mempunyai peralatan yang canggih sperti yang terdapat di hospital. Oleh itu, ibu yang melahirkan bayi-bayi haram itu mudah dijangkiti kuman atau kehilangan darah yang terlalu banyak. Ini seterusnya menyebabkan sama ada kematian si ibu atau kedu-duanya.

Kesan yang lain ialah perlaku perbuatan itu akan mempunyai masalah emosi seperti murung, rasa bersalah, resah, gelisah dan hilang keyakinan diri. Ini seterusnya membawa kepada keadaan di mana mereka akan memutuskan hubungan dengan ahli keluarga akibat tidak dapat menghadapi pandangan orang ramai terhadap mereka. Selain kesan psikologi da n social ini, mereka juga akan dikenakan hukuman dari segi undang-undang negara.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa selain menubuhkan pusat khas untuk menjaga bayi terbuang. Kerajaan juga harus menggenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah seperti penjara seumur hidup, sebatan atau setimpalnya agar masyarakat akan memikir dengan teliti sebelum melakukan perbuatan pembuangan bayi. Kesan daripada perbuatan sedemikian seterusnya menyebabkan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.

Kesimpulannya, pelbagai pihak sama ada kerajaan ataupun masyarakat itu sendiri harus bekerjasama seperti aur dengan tebing bagi mengatasi masalah pembuangan bayi ini agar maruah, nama dan masa depan negara terjamin bagi merealisasikan impian semua warganegara Malaysia iaitu Wawasan 2020.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gejala Sosial : Penyalahgunaan Dadah

Mengikut kamus dewan, dadah boleh diertikan sebagai ubat-ubatan. Mengikut pendapat lain, dadah adalah sejenis bahan atau campuran bahan kimia psikoaktif yang digunakan bukan untuk tujuan perubatan adalah dilarang. Pengambilan secara haram meninggalkan kesan ketagihan dan menyebabkan perubahan yang buruk dalam fungsi atau struktur fisiologi organisma. Kimia psikoaktif ini mempunyai kesan yang amat ketara ke atas sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Dadah ialah bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri ketagihan iaitu pada penggunaan untuk diri sendiri sama ada ditelan, dikunyah, dihidu, dihisap, atau disuntik.

Gejala sosial dadah semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia kini. Faktor mendorong berlakunya gejala ini kerana sikap ibu bapa yang mementingkan kerjaya. Hal ini menyababkan anak-anak merasa kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Hal ini mempengaruhi gejala ini terus menular dalam kalangan remaja. Dalam era globalisasi ini, ibu bapa lebih mementingkan kerjaya mereka sehingga alpa akan tanggungjawab mendidik anak-anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang mereka. Rakan sebaya turut memainkan peranan penting dalam penglibatan remaja dalam gejala dadah. Remaja sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang sanggup mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibu bapa yang gagal mejalankan tanggungjawab mereka. Jadi, rakan sebaya yang negatif akan mempengaruhi sikap remaja terbabit. Kemunculan media massa turut mendorong gejala ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan menimbulkan rasa untuk mencuba dalam hati remaja. Kebanyakan gejala ini dikatakan satu cubaan meniru artis pujaan mereka yang berlakon dalam drama atau filem. Jadi,sikap ingin mencuba dalam diri remaja tanpa memikirkan baik buruk akibat tindakan yang diambil menyebabkan gejala penyalahgunaan dadah ini semakin berleluasa.

Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan menjejaskan kebersihan dan kesihatan diri. Seseorang penagih dadah akan kelihatan tidak bermaya, pucat, dan akan kehilangan berat badan kerana mereka yang menggunakan dadah tidak akan menghiraukan kebersihan dan pemakanan yang teratur. Contohnya, bagi mereka yang ketagih amfetamin yang berterusan tidak mengambil makanan dan sentiasa bergerak. Meraka biasanya akan keletihan dan mungkin boleh jatuh pengsan kerana kekurangan tenaga. Kesihatan mental penagih juga akan terjejas kerana pengambilan dadah telah merosakkan sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Penggunaan dadah halusinogen seperti mescaline memberi kesan ganjil kepada pengguna seperti perubahan imej tubuh, merasa diri besar, dan melayang-layang, boleh terbang, rasa tenang, riang dan menyebabkan lebih bergantung kepada dadah. Dadah ini mampu mengubah pandangan mata dan menyebabkan ilusi sehingga amat susah untuk membezakan yang benar dan sebaliknya.

Selain itu, penyalahgunaan dadah juga menjejaskan pretasi pelajaran remaja. Dadah perangsang selalunya diambil oleh pelajar supaya mereka dapat belajar dengan tekun kerana dadah jenis ini menyebabkan seseorang lebih suka bercakap dengan yakin dan menjadi lebih besar hati. Penyalahgunaan dadah ini menjadikan seseorang itu mudah keliru dan mudah pitam, selalu mendengar suara-suara yang tidak jelas dan boleh mendapat sakit otak. Selain itu, kesan penyalahgunaan dadah juga menyebabkan berlaku peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng, kecurian, rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya. Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah . Jadi, langkah-langkah untuk membendung gejala ini perlu dilaksanakan.

Oleh itu, langkah-langkah bagi membendung gejala penyalahgunaan dadah ini perlu diambil bagi mengatasi masalah ini dari terus menjadi barah dalam masyarakat. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dengan mengambil berat tentang anak-anak dan tidak hanya mementingkan urusan kerja semata-mata. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa berkualiti bersama anak-anak setiap hari walaupun hanya 10 minit. 10 minit itu adalah masa yang berharga buat remaja kerana mereka merasa dihargai dan disayangi oleh ibu bapa. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan bagi membendung gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja mengikut Akta Dadah Berbahaya 1995. Pemeriksaan ujian air kencing bagi pelajar sekolah perlu dilakukan secara berkala dengan kerjasama pihak sekolah. Kempen anti dadah juga perlu dilakukan dengan kerjasama media massa iaitu media cetak dan elektronik. Media massa perlu memainkan peranan dengan mengadakan iklan tentang bahayanya penggunaan dadah disamping memaparkan drama-drama atau filem tentang keburukan penggunaan dadah. Media massa memainkan peranan penting bagi membantu membanteras gejala penyalahgunaan dadah kerana remaja masa kini menjadikan media massa sebagai media untuk berhibur dan mendapatkan maklumat.

Kesimpulannya, dadah memberi kesan negatif kepada sistem badan manusia dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding manfaatnya yang sementara. Dadah disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti untuk mengelakkan tekanan belajar, mengelakkan letih, mendapatkan rasa segar dan sebagainya. Racun dadah akan membinasakan saraf manusia dan boleh menyebabkan kematian. Pengambilan dadah memberikan kelegaan yang bersifat sementara dan kesengsaraan yang lama kepada pengambilnya. Sebagai umat Islam melalui Al-Quran kita dilarang daripada mengambil bahan-bahan yang memabukkan seperti arak dan ini termasuklah juga dadah. Pengharaman ini sebenarnya mengandungi hikmah yang tersendiri untuk kebaikan umatnya. Oleh itu , jauhilah najis dadah demi keamanan dan kesejahteraan diri serta negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BERKENAAN ISTILAH SISTEM MAKLUMAT DALAM ORGANISASI

Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas dan berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah komputer (perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-guna( know-how ). Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi banyak aspek pengkomputeran dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan dahulu. Payung teknologi maklumat adalah amat besar, dan meliputi banyak bidang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PANDANGAN JEJAKA TAMPAN (IWAN)

Pada pandangan saya, definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Kewujudan Multimedia Super Corridor (MSC) di Cyberjaya dan Putrajaya merupakan salah satu pengaliran teknologi yang ditonjolkan oleh Malaysia kepada dunia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS