•  Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan. 
•  Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah". 
•  Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring. 
•  Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut. 
•  Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan. 
•  Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. 
•  Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi. 
•  Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas. 
•  Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna. 
•  Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi 
•  Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin. 
•  Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.. 
Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.
NADI HIDUPKU......
 
TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


 



 
 
 












 



0 ulasan:
Catat Ulasan